Produk Penjagaan Kebersihan
Vcare Foaming Dew
Harga Pengedar: SGD 9
Harga Runcit: SGD 11
90ml/Botol
Butiran Produk
Kandungan: 8 jenis asid amino, Ekstrak Aloe Vera, Ekstrak Likuoris dan Ekstrak Chamomile.
Keistimewaan:
- 8 jenis asid amino: Ini merupakan asid amino yang menyerupai kulit, iaitu salah satu faktor pelembapan semula jadi kulit, ia dapat melembutkan lapisan belulang, meningkatkan upaya penyimpanan air semula jadi kulit, menambahkan kelembutan dan keanjalan kulit.
- Ekstrak aloe vera: Dapat melegakan kulit yang sensitif, menghilangkan keradangan serta mempercepat penyembuhan luka jerawat.
- Ekstrak likuoris: Mempunyai ciri meredakan keradangan dan menggalakkan pemutihan kulit serta memulihkan keadaan kulit sensitif .
- Ekstrak Chamomile: Meredakan kesan alergi, mengurangkan bintik putih dan jerawat.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Tuangkan sejumlah produk ke atas tapak tangan dan naikkan buihnya, sapukan buih itu ke atas seluruh muka dan leher secara lembut, kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Gunakan setiap pagi dan malam.
Produk Berkaitan
Vcare Daily Shampoo
Kandungan: Aloe Vera , Ekstrak Mentimun, Ekstrak Alga Merah, Ramuan pemuliharaan istimewa dan Vitamin B5. Keistimewaan: Aloe vera, Ekstrak mentimun: menjaga kesihatan kulit kepala, memberi lembapan yang optimum kepada rambut supaya rambut cukup lembapan dan tidak menjadi kering atau pecah. Ekstrak alga merah: Mempunyai ciri pelembapan yang kuat, dapat mencegah rambut daripada menjadi kering atau pecah; menambahkan lembapan dan volum rambut, menambahkan kelembutan serta membantu memulihara tekstur rambut yang rosak. Ramuan pemuliharaan istimewa: Dapat membentuk satu lapisan pelindung antistatik selepas rambut dicuci untuk mencegah rambut daripada pecah atau putus. Vitamin B5: Dapat menyuburkan rambut, menjadikannya lembut, licin, sihat dan berseri.
Vcare Scalp Care Shampoo
Kandungan: Ramuan pemuliharaan istimewa , Vitamin B5, Ramuan Climbazole, Vitamin B3 dan Pudina. Keistimewaan: Ramuan pemuliharaan istimewa: Dapat membentuk satu lapisan pelindung antistatik selepas rambut dicuci untuk mencegah rambut daripada pecah atau putus. Vitamin B5: Dapat menyuburkan rambut, menjadikannya lembut, licin, sihat dan berseri. Ramuan Climbazole: Ramuan climbazole ditambah untuk menyekat pembiakan bakteria fungus, mencegah kelemumur, memulihkan keadaan kulit kepala yang sensitif. Vitamin B3: Berupaya mencegah keradangan kulit kepala dengan berkesan, memelihara kesihatan kulit kepala, menjadikan rambut kuat dan tidak mudah rosak. Pudina: Kulit kepala berasa segar, selesa.
Vcare Hair Repairing Serum
Kandungan: Kitin, Ekstrak alga merah dan Minyak zaitun. Keistimewaan: Kitin: Dapat mencegah pembiakan bakteria fungus, mempunyai kesan antibakteria, menghilangkan bau busuk . Ekstrak alga merah: Mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut. Minyak zaitun: Menyuburkan akar rambut, sifat pelembapannya dapat mencegah keguguran rambut, malah dapat mencegah rambut menjadi kering dan rosak.
Vcare Shower Gel
Kandungan: Ekstrak Chamomile dan Likuoris, Faktor pelembapan semula jadi, Struktur formula yang istimewa dan Haruman menyenangkan. Keistimewaan: Ekstrak Chamomile dan Likuoris: Berkesan meredakan alergi kulit, mengurangkan kekeringan, gatal-gatal dan ketidakselesaan yang lain. Faktor pelembapan semula jadi: Kulit badan akan kehilangan lembapan ketika kita mandi, faktor pelembapan semula jadi yang menyerupai faktor pelembapan badan dapat memperkuat daya pengekalan lembapan kulit supaya ia tidak menjadi kering. Struktur formula yang istimewa: Mudah dibersihkan, kulit tidak akan berasa berminyak selepas mandi. Haruman menyenangkan: Haruman wangi yang dirumus dengan penuh teliti, menjadikan mandian anda suatu nikmat yang menyeronokkan.
Vcare Body Lotion
Kandungan: Minyak penjagaan kulit, Vitamin E, Asid Hialuronik dan Vitamin B5. Keistimewaan: Minyak penjagaan kulit: Mengandungi pelbagai minyak tumbuhan yang berkesan, termasuklah minyak kacang Hawaii, minyak zaitun, minyak biji anggur, minyak bunga matahari dan minyak avokado yang dapat meningkatkan daya serapan kulit terhadap losen badan, mengelakkan kulit daripada menjadi kering; pada masa yang sama melegakan alergi dan gatal-gatal kulit. Losen ini juga mempunyai kesan antioksidan dan dapat menggalakkan pembaharuan tisu kulit. Vitamin E: Dapat melindungi kulit daripada ancaman sinar ultraungu dan pencemaran udara, mencegah penuaan kulit. Asid Hialuronik: Mempunyai fungsi mengekalkan lembapan dan memulihkan keadaan kulit dengan amat berkesan sekali, meningkatkan daya pengekalan lembapan kulit dan menjadikan kulit lembut dan licin. Vitamin B5: Memperbaik tisu, menjadikan kulit cerah dan berseri.
Greenzhi Toothgel
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Ekstrak Miswak, Ekstrak Neem, Aloe Vera yang pekat, Xilitol dan Klorofil. Keistimewaan: Ekstrak Miswak: Berupaya meningkatkan rembesan air liur, mengawal keseimbangan nilai pH keasidan dalam rongga mulut, dan seterusnya mengurangkan pembiakan bakteria plak bagi memberikan pencegahan berganda kepada kerosakan gigi dan penyakit gusi supaya rongga mulut lebih sihat. Nano-Ganoderma Lucidum: Triterpenes dalam Lingzhi dapat mengawal mutan streptokokus menghasilkan dekstran, seterusnya mencegah plak dan kerosakan gigi. Polisakarida pula dapat mempergiatkan peredaran darah tisu-tisu di gusi, juga dapat mengaktifkan mukosa oral untuk menjaga kesihatan mulut. Ekstrak Neem: Dapat mengelakkan gigi menjadi kuning dan dapat memutihkan gigi, dapat mencegah pendarahan atau kesakitan gusi dan mulut berbau .Ia juga dapat mengelakkan radang yang disebabkan oleh kerosakan gigi, mencegah kemerebakannya serta menyihatkan gusi, mencegah mulut berbau dan ulser mulut. Aloe Vera: Dapat memperbaiki permukaan gusi, membunuh bakteria dan mencegah karang gigi. Ia sangat berkesan untuk mengekalkan kebersihan mulut. Xilitol: Xilitol bersifat manis, segar dan berhaba rendah. Ia tidak mudah menghasilkan bahan berasid kerana penapaian mikroorganisma, jadi dapat mencegah pembentukan streptokokus plak. Kandungan yang berkualiti dapat mencegah kerosakan gigi. Klorofil: Dapat mencegah pendarahan gusi, mulut berbau, juga dapat menguraikan sisa makanan di dalam celah-celah gigi untuk menjaga kebersihan mulut. Ia berkesan untuk meredakan keadaan sensitif di gusi. Gel semula jadi: Gel yang lutsinar dan semula jadi dapat mengurangkan geseran semasa memberus gigi, seterusnya mengelakkan kecederaan enamel. Agen pembuih semula jadi: Menggunakan agen pembuih yang diekstrak daripada kelapa dan jagung. Ia bersifat natural, lembut, selamat dan tidak beracun. Ia juga berkesan untuk menentang bakteria dan mencegah kerosakan gigi. Pudina semula jadi: Berbau segar dan tidak pedas. Ia sesuai digunakan untuk sekeluarga.
© Hak Cipta 2026 Shuang Hor (Singapore) Pte Ltd Hak Cipta Terpelihara.
Dikuasakan oleh Winnefy - Reka Bentuk Web Malaysia
Selamat Datang ke Pusat Perundingan
Kami dengan senang hati akan menjawab sebarang pertanyaan yang anda ada. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.