Produk Bioteknologi

Shuang Hor Lacto-Berry

Shuang Hor Lacto-Berry

Kandungan: Bifidobacterium Lactis, Bifidobacterium Longum, Isomalt, Serbuk cranberi, Serbuk Raspberi dan Serbuk Beri Biru. Fungsi-fungsi: Bifidobacterium Lactis: Dapat menguraikan serat atau glikosaminoglikan (rantaian gula) yang sukar dihadamkan oleh usus, menambahkan keasidan usus, menyekat pembiakan bakteria berbahaya serta membantu penghadaman dan penyerapan makanan jenis susu. Bifidobacterium Longum: Mengekalkan keseimbangan flora bakteria usus yang normal, menyekat pembiakan bakteria punca penyakit, mencegah sembelit dan mengawal disenteri. Bifidobacterium Longum membiak di dalam usus besar manusia, ia dapat menghasilkan kumpulan Vitamin B serta pelbagai jenis enzim yang berguna untuk membantu penghadaman, mencegah cirit-birit yang berpunca daripada antibiotik atau bakteria penyebab penyakit. Selain itu, ia juga dapat membantu badan melawan jangkitan, menghapuskan bakteria berbahaya, memperkuat sistem imun dan meningkatkan daya tahan terhadap penyakit usus. Isomalt: Ialah pemanis tanpa gula dengan rasa manis yang asli tetapi tidak berkalori, pesakit diabetes boleh meminumnya tanpa risau. Ia dapat merangsang aktiviti dalaman usus untuk melembutkan sisa najis, mengurangkan sembel it, menggalakkan pembiakan bifidobacterium, mencergaskan pergerakan mikroorganisma di dalam usus lantas meningkatkan kesihatan saluran usus. Serbuk Cranberi: Antosianidin yang terkandung di dalam cranberi dapat mencegah ancaman E.Coli terhadap saluran kencing; memandangkan 80% - 90% daripada jangkitan saluran kencing berpunca daripada E.Coli, maka kandungan istimewa di dalam cranberi ini dapat menghalang kuman E.Coli melekat di saluran kencing sekali gus mengelakkan jangkitan. Serbuk Raspberi: Berkesan mencegah sembelit. Serbuk Beri Biru: Suplemen berkhasiat antipenuaan semula jadi, dapat menghapuskan radikal bebas, menggalakkan penyingkiran sisa metabolisme.

Yung Kien Eye+

Yung Kien Eye+

Yung Kien Eye+ mengandungi khasiat yang dapat menjaga kesihatan mata. Ia merupakan sejenis makanan penjagaan mata yang sangat penting untuk generasi moden. Kandungan dan fungsi utamanya ialah seperti berikut: Fungsi-fungsi: Lutein: Lutein diekstrak secara tulen dari karotenoid (Flora Glo Lutein yang diekstrak dari bunga Marigold). Lutein ialah salah satu daripada 700 jenis bahan kimia dalam karotenoid. Kajian klinikal membuktikan bahawa Lutein adalah sangat penting untuk menjaga retina dan kanta. Ekstrak anggur hitam: Ia mengandungi 4 jenis kandungan Polifenol, iaitu sejenis kandungan antioksidan yang sangat berkesan. Ia dapat memberi khasiat yang diperlukan untuk penglihatan. Ekstrak Astaxanthin semula jadi: Kajian menunjukkan bahawa daya antioksidan yang sangat berkesan di dalamnya adalah 1000 kali ganda daripada Vitamin E. Ia dapat memperbaiki keadaan kurang selesa yang sering dihadapi oleh golongan bekerja dan kanak-kanak yang sentiasa berhadapan dengan komputer atau papan hitam. Ekstrak buah bilberi: Mengandungi lebih daripada 15 jenis antosianin dan merupakan antioksidan yang paling kuat. Kuasa antioksidannya adalah 50 kali ganda lebih kuat daripada Vitamin E. Ia adalah penjaga mata yang bersifat semula jadi. Ekstrak Wolfberry (Goji Berry): Diekstrak dari buah Wolfberry, iaitu sejenis herba China. Ia kaya dengan Zeaxanthin, Betaine, Vitamin B1, B2, Asid Nikotinik, Kalsium, besi dan kandungan lain. Menurut catatan “Shen Nong Ben Tsao Jing”, Wolfberry dapat menyihatkan buah pinggang dan paru-paru serta menjelaskan penglihatan. Jadi ia sangat berkesan untuk menyihatkan mata. Lingzhi dan khasiat lain yang berkesan sebagai antioksidan: Lingzhi, β-Karotena, Vitamin A, C, E, Kumpulan Vitamin B, Zink, Selenium dan lain-lain.

© Hak Cipta 2026  Shuang Hor (Singapore) Pte Ltd  Hak Cipta Terpelihara.

Dikuasakan oleh Winnefy - Reka Bentuk Web Malaysia

Selamat Datang ke Pusat Perundingan

Kami dengan senang hati akan menjawab sebarang pertanyaan yang anda ada. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

szmtMR